Bookmark and Share
-Loading...
   
Fizik
Kimia
Biologi
Matematik
Kejuruteraan
Pendidikan
   

Sains dan Matematik merupakan satu bidang pengajian yang luas merangkumi hampir setiap aspek kehidupan kita. Kepelbagaian disiplin ilmu Sains dan Matematik sangat penting terutamanya dalam pembangunan teknologi dan ilmu moden yang lain. Pembangunan modal insan menerusi penghayatan, keseimbangan ilmu, kemahiran saintifik, nilai dan amal berupaya melahirkan insan yang berketrampilan, berkemahiran dan berakhlak mulia berdasarkan nilai-nilai tauhid yang utuh.

Justeru itu, Jabatan Sains dan Matematik, Fakulti Sains, Sastera dan Warisan UTHM mengambil inisiatif untuk menganjurkan Seminar Kebangsaan Aplikasi Sains dan Matematik 2010, SKASM 2010. Seminar yang merupakan kali ketiga dianjurkan diharapkan akan terus memainkan peranannya sebagai satu paltform untuk ahli akademik, para penyelidik dan profesional di pelbagai bidang aplikasi Sains dan Matematik untuk berkongsi ilmu dan kepakaran masing-masing. Ini kerana penyuburan ilmu itu tidak akan berlaku dengan pantas sekiranya tidak berlaku keadaan atau peristiwa perkongsian maklumat sesama ahlinya.

 
Bookmark and Share
Disclaimer : UTHM shall not be liable for any damage and loss of data
caused in connection with the use of the site.
Best View With Mozilla and IE8
Loading Data From Server...